Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
66) BANTUAN INPUT PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis bantuan input pertanian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada petani dan usahawantani di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada petani dan usahawan tani di Negeri Selangor. Antaranya ialah dalam bentuk input seperti baja, racun, benih dan upah bagi kerja-kerja pembersihan
-
Senaraikan jumlah peruntukan bantuan tersebut yang diluluskan pada tahun 2016 mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor.
Jumlah peruntukan yang diluluskan mengikut daerah pada 2016 adalah seperti berikut:
Bil. Daerah Jumlah peruntukan (RM)
1 Sabak Bernam 3,210,000.00 2 Kuala Selangor 2,340,000.00 3 Klang 430,000.00 4 Kuala Langat 355,000.00 5 Hulu Langat 432,000.00 6 Sepang 675,000.00 7 Hulu Selangor 425,000.00 8 Gombak dan Petaling 1,030,000.00