Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

350) BANTUAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan jumlah sekolah serta jumlah peruntukan yang telah disalurkan daripada tahun 2020 sehingga kini?

    Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar.

    Rekod penyaluran sumbangan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 sehingga 2023 adalah berjumlah RM100,400,172.00 dengan perincian seperti berikut:

  2. Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih banyak lagi sekolah-sekolah untuk memohon bantuan tersebut?

    Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor disebar luas melalui pemakluman kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Pejabat Ahli-ahli Dewan Negeri untuk dimaklumkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan Agensi dan dalam kawasan perkhidmatan Pejabat Ahli Dewan Negeri.

    Permohonan bantuan dilaksanakan secara atas talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) sepenuhnya bagi memudahkan urusan permohonan oleh pihak sekolah. Kerajaan Negeri Selangor akan terus mengutamakan agenda pendidikan untuk anak-anak negeri Selangor dalam usaha mencorak generasi yang berpengetahuan dalam mendepani arus perubahan dan pembangunan negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.