Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
91) BANTUAN IBADAT RUMAH LIMA AGAMA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peruntukan Bantuan Ibadat Rumah Lima Agama bagi tahun 2019, 2020, 2021, 2023 dan 2024 mengikut kategori agama.
Jumlah peruntukan yang telah disalurkan berdasarkan permohonan dalam Sistem Bantuan Rumah Ibadat Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao) Negeri Selangor bagi tahun 2019, 2020, 2021, 2023 dan 2024 mengikut kategori agama adalah seperti di LAMPIRAN A.
-
Senaraikan penerima Bantuan Ibadat Rumah Lima Agama dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan di bawah DUN Kuala Kubu Baharu untuk tahun 2019, 2020, 2021, 2023 dan 2024.
Rekod penerima diselenggara mengikut daerah. Senarai penerima bagi Bantuan Rumah Ibadat di bawah Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) bagi daerah Hulu Selangor dari tahun 2019, 2020, 2021, 2023 dan 2024 adalah seperti di LAMPIRAN B.