Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

93) BANTUAN DARIPADA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SELANGOR (JKM)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh JKM Selangor dalam tahun 2006-2010?

    Jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh JKM Selangor dalam tahun
    2006-2010 adalah seperti jadual di bawah.
    TAHUN PERUNTUKAN
    NEGERI (RM)
    PERUNTUKAN
    PERSEKUTUAN
    (RM)
    2006 6.54 juta 9.85 juta
    2007 7.22 juta 10.65 juta
    2008 7.43 juta 11.28 juta
    2009 8.75 juta 13.66 juta
    2010
    (sehingga April)
    6.81 juta 11.99 juta
    JUMLAH
    KESELURUHAN 36.75 juta 58 juta

  2. Apakah jenis-jenis bantuan dan jumlah yang diberi mengikut daerah?

    Jenis-jenis bantuan dan jumlah yang diberi mengikut daerah (berdasarkan data
    bagi tahun 2009) adalah seperti di bawah:

  3. Adakah senarai penerima bantuan-bantuan yang diberi dimaklumkan kepada ADUN-ADUN di kawasan berkaitan? Jika tidak, mengapa?

    JKMM tidak memberi senarai penuh nama penerima-penerima bantuan kepada
    ADUN disebabkan perkara berikut:-
    i) JKM berpegang kepada prinsip kerahsiaan kepada semua klien di bawah
    kelolaan Jabatan termasuklah klien penerima bantuan.
    ii) Senarai klien penerima bantuan tidak disenaraikan mengikut ADUN tetapi
    mengikut Daerah tempat tinggal penerima.
    Walaubagaimanapun Jabatan akan memaklumkan keputusan permohonan
    kepada ADUN yang membuat rujukan termasuk juga kepada perujuk-perujuk
    yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.