Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
135) BANTUAN COVID 19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis bantuan kewangan yang disediakan untuk daerah yang dikenakan PKPB di Negeri Selangor?
Secara umumnya semua daerah di Negeri Selangor terlibat dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan bermula 13 Mei 2020 – 9 Jun 2020 dan 14 Oktober 2020 – 27 Oktober 2020. Pakej Rangsangan ekonomi yang dinamakan Pakej Selangor Prihatin telah diumumkan dalam 2 fasa iaitu pada 20 Mac 2020 dan 1 April 2020 yang mengandungi 42 inisiatif. Pakej Selangor Prihatin ini adalah bermatlamatkan untuk memulihkan ekonomi negeri dan bertujuan menangani impak penularan jangkitan COVID-19. Bantuan-bantuan ini tidaklah memfokuskan bantuan yang berorientasikan daerah namun ia lebih memfokuskan golongan bersasar yang berkemungkinan mengalami kesukaran dari sudut ekonomi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Jenis bantuan atau insentif utama yang terkandung dalam 42 inisiatif yang diumumkan adalah seperti berikut:
-
Berapakah jumlah tersebut dan bilangan penerima yang menikmatinya?
Berikut adalah jumlah peruntukan dan jumlah penerima bantuan mengikut fasa dalam Pakej Selangor Prihatin: