Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
235) BANTUAN BLUEPRINT KEMISKINAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa peratus sasaran penurunan, jumlah kemiskinan dengan pelaksanaan bantuan blueprint kemiskinan?
Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi bagi golongan masyarakat individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi irumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan bagi membantu menjana serta meningkatkan pendapatan keluarga. Pada masa kini, kerajaan negeri menumpukan usaha – usaha pembasmian kemiskinan secara total dan efektif. Melalui bantuan blueprint ini akan mampu mengurangkan kadar kemiskinan melalui peningkatan pendapatan bagi melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan. Walau bagaimanapun, jangkaan peratusan penurunan jumlah kemiskinan adalah tertakluk kepada penetapan PGK terkini, iaitu hasil daripada Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah dan Kaum serta Penetapan Pendapatan Garis kemiskinan bagi negeri Selangor yang akan diperolehi tidak lama
-
Berapakah jumlah penerima bantuan pada tahun 2015 mengikut daerah?
Sehingga tahun 2015 seramai 2,397 orang telah menerima bantuan peralatan daripada Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor . Bagi tahun 2015, seramai 404 orang telah menerima bantuan tersebut. Pecahan penerima bantuan mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL. DAERAH JUMLAH PENERIMA 1. Petaling 14 orang 2. Klang 75 orang 3. Gombak 36 orang 4. Hulu Langat 4 orang 5. Kuala Langat 125 orang 6. Sepang 29 orang 7. Hulu Selangor 59 orang 8. Kuala Selangor 31 orang 9. Sabak Bernam 31 orang JUMLAH KESELURUHAN 404 orang -
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau setiap penerima bantuan tersebut?