Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
35) BANTUAN BIASISWA PELAJAR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah biasiswa kerajaan negeri yang dikeluarkan kepada pelajar cemerlang pada dua tahun lepas?
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) mempunyai dua
(2) jenis tabung yang memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada anak-anak
Negeri Selangor dan mereka yang layak setelah dipertimbangkan oleh Lembaga
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS). Bentuk tabung
pinjaman yang disediakan adalah seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran untuk pelajar-pelajar
yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, sama ada
IPT Awam/ IPT Swasta (IPTA/ IPTS) bagi pengajian di peringkat Sijil/
Diploma/ Ijazah.
(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor
Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajarpelajar yang menuntut di IPTS bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan
bidang teknikal dan kemahiran di peringkat Sijil.
Bagi tempoh dua (2) tahun lepas, TKWBNS telah menawarkan pinjaman pelajaran
mengikut pecahan seperti berikut:
Tahun Bilangan Pelajar
Ditawarkan
Bilangan Pelajar
Terima Tawaran Kos Pembiayaan
2008 1,056 693 RM3.98 juta
2009 1,077 742 RM4.26 juta
JUMLAH 2,133 1,435 RM8.24 juta
Seterusnya, melalui pinjaman pelajaran yang disediakan, TKWBNS turut
menawarkan kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah kepada pelajar-pelajar
yang telah menamatkan pengajian dengan pencapaian cemerlang di IPTA/ IPTS
dalam negara.Sejak dasar tersebut dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2003 sehingga 31
Disember 2009, seramai 428 peminjam telahpun mendapat kelulusan LTKWBNS
untuk ditawarkan kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah dengan melibatkan
pelupusan pinjaman secara biasiswa berjumlah RM2,944,540.14.
Bagi tempoh dua (2) tahun lepas, TKWBNS telah meluluskan Pinjaman Pelajaran
Boleh Ubah kepada pelajar-pelajar cemerlang mengikut pecahan seperti berikut:
Tahun Bilangan Pelajar
Diluluskan
Jumlah Pelupusan
Pinjaman
2008 94 RM699,699.00
2009 92 RM741,329.00
JUMLAH 186 RM1,441,028.14 -
Berapakah jumlah peruntukan biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera?
Bilangan pelajar bukan Bumiputera yang telah ditawarkan pinjaman pelajaran
TKWBNS bagi tempoh lima (5) tahun adalah seperti berikut:
Tahun Kaum Jumlah
Cina India Keseluruhan
2005 7 13 20
2006 38 34 72
2007 20 22 42
2008 15 24 39
2009 27 73 100
JUMLAH 107 166 273 -
Apakah rancangan kerajaan supaya biasiswa ini ditingkatkan? Sila jelaskan.
Pinjaman Pelajaran di bawah TKWBNS merupakan pinjaman tanpa faedah
bertujuan membantu pelajar-pelajar kelahiran Negeri Selangor, khususnya yang
melanjutkan pengajian di IPT dalam negara. Pinjaman pelajaran tersebut merupakan
mekanisme Kerajaan Negeri dalam memenuhi tanggungjawab sosial, terutamanya
bagi meningkatkan tahap pendidikan rakyat.
Sejak tahun 1988, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM82.8 juta
untuk membiayai TKWBNS, di mana sebanyak RM9 juta daripadanya merupakan
caruman kepada tabung Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri
Selangor yang ditubuhkan semenjak tahun 1994. Bagi tahun 2010 pula, Kerajaan
Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM8.1 juta bagi aktiviti biasiswa dan
pinjaman pelajaran di bawah TKWBNS.
Jumlah pelajar yang telah menerima kemudahan pembiayaan daripada TKWBNS
setakat 31 Disember 2009 adalah seramai 12,800 orang, melibatkan jumlah
pinjaman sebanyak RM104.2 juta. Pecahan pinjaman pelajaran yang telah
ditawarkan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Bil. Peringkat Pengajian Bil. Pelajar Amaun (juta)
1. Ijazah 3,999 RM54.5
2. Diploma 4,944 RM33.1
3. Sijil (IPTA) 889 RM5.1
Jumlah Keseluruhan 9,832 RM92.7
(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor
Bil. Peringkat Pengajian Bil. Pelajar Amaun (juta)
1. Sijil (IPTS) 2,968 RM11.5
Bagi pengambilan Sesi Pertama Tahun 2010 pula, TKWBNS telah menawarkan
pinjaman pelajaran kepada seramai 470 orang pelajar bagi pengajian di peringkat
Sijil, Diploma dan Ijazah dalam pelbagai bidang melibatkan kos pembiayaan
berjumlah RM2.7 juta.