Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

87) BANTUAN BIASISWA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan statistik para pelajar mengikut kaum yang telah menerima bantuan biasiswa daripada Kerajaan Negeri pada masa kini?

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTA/ IPTS dalam pelbagai bidang. Bilangan pelajar yang telah menerima Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor (TKWBNS) mengikut kaum adalah seperti berikut:

    TAHUN

     

      KAUM   JUMLAH KESELURUHAN
    Melayu India Cina
    2006 260 34 38 332
    2007 401 22 20 443
    2008 668 24 15 707
    2009 705 37 17 759
    2010* 400 4 12 416
    JUMLAH 1105 41 29 2657

    *setakat sesi 1/2010

     

  2. Berapakah jumlah bantuan biasiswa yang telah diberikan kepada setiap pemohonpemohon tersebut dan apakah statistik dari segi jurusan yang diambil dan juga nama-nama institusi-institusi pengajian tinggi para pemohon tersebut?

    Pinjaman Pelajaran di bawah TKWBNS merupakan pinjaman tanpa faedah bertujuan membantu pelajar-pelajar kelahiran Negeri Selangor, khususnya yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS. Pinjaman tersebut merupakan mekanisme Kerajaan Negeri dalam memenuhi tanggungjawab sosial, terutamanya bagi meningkatkan tahap pendidikan rakyat.

    Jumlah Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang diberikan kepada setiap pemohon adalah mengikut peringkat pengajian pemohon di IPT yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor seperti berikut :

     

    Bil Jenis Pengajian Kadar Tajaan (Setahun)
    1 Sijil (Tenaga Mahir) RM 4,000
    2. Sijil (Politeknik) RM 4,000
    3. Diploma (Pelbagai) RM 4,900
    4. Ijazah (Pelbagai) RM 6,500
    5. Ijazah (Perubatan) RM 7,000

     

    Manakala statistik pelajar yang telah menerima bantuan Pinjaman Pelajaran mengikut bidang/ jurusan pengajian setakat Disember 2009 adalah seperti berikut:

    Bidang/ Jurusan Pengajian Ijazah Diploma Sijil Jumlah Keseluruhan
    Sains/ Teknologi 1339 1503 2842
    Sastera 1524 2037 1623 5184
    Kejuruteraan 1044 1683 1933 4660
    Pelbagai 114 114
    Jumlah 4021 5223 3556 12,800

    Pinjaman pelajaran ini terbuka kepada pemohon-pemohon yang mengikuti pengajian di semua IPTA/ IPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Setakat ini, jumlah institusi pengajian tinggi yang telah disenaraikan adalah berjumlah sebanyak 399 buah institusi yang merangkumi IPTA dan IPTS  seperti UITM, UKM, UM, Unisel, KUIS, Inpens, Kolej WIT, Kolej Komuniti, Lincoln College dan Universiti Lim Kok Wing.

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membaiki sistem pemilihan di dalam pemberian biasiswa tersebut dan apakah strategi bagi menggalakkan lebih ramai para pelajar untuk memohon dan menikmati biasiswa daripada Kerajaan Negeri Selangor ini?

    Urus Setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah melaksanakan proses pemilihan bagi permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh LTKWBNS iaitu:

    1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    2. Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
    3. Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
    4. Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di Negeri Selangor.

    Selain itu, sistem pemarkahan secara berkomputer juga telah dilaksanakan bagi memastikan pelajar yang berkelayakan ditawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor. Pecahan pemarkahan adalah mengikut tiga (3) kriteria utama seperti berikut:

    • Pencapaian Akademik – 40%
    • Pendapatan Keluarga – 30%
    • Penilaian Temuduga – 30%

    Jumlah Keseluruhan100%

     

    Bagi memastikan maklumat berkaitan kemudahan skim pembiayaan pelajaran ini diketahui oleh rakyat seterusnya menggalakkan lebih banyak lagi permohonan, Urus Setia LTKWBNS telah melaksanakan proses hebahan/ makluman apabila tawaran mula dibuka sebanyak dua (2) kali setahun melalui kaedah seperti berikut:

    • Menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor melalui akhbar-akhbar utama tempatan berbahasa Melayu, Cina dan Tamil;
    • Menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor melalui laman web rasmi kerajaan Negeri Selangor; iaitu; selangor.gov.my;
    • Mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada IPT, sama ada IPTA atau IPTS melalui pihak Hal Ehwal Pelajar masing-masing; dan
    • Mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada Jabatan/ Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor serta semua Pusat Khidmat Masyarakat/ Pusat Khidmat DUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.