Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
16) BANTUAN BIASISWA DARIPADA YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan wang yang telah diberikan sebagai bantuan biasiswa oleh Yayasan Selangor bagi tahun 2008 dan 2009 kepada para pelajar yang berkelayakan?
Peruntukan wang biasiswa yang telah diberikan oleh Yayasan Selangor TAHUN 2008 : RM214,750.00 TAHUN 2009 : RM370,100.00
-
Siapakah penerima-penerima bantuan biasiswa tersebut mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008 dan 2009, serta apakah nama-nama institusi pengajian para penerima bantuan biasiswa tersebut?
Penerima-penerima bantuan biasiswa tersebut adalah pelajar-pelajar RKPYS dengan komposisi kaum seperti berikut:
Tahun Cina India Melayu 2008 1 2 804 2009 1 1 762 Penerima bantuan biasiswa tersebut adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah-sekolah berikut:
BIL NAMA SEKOLAH BIL NAMA SEKOLAH 1 SMK VICTORIA 17 SMK DAMANSARA UTAMA 2 SMK ST. JOHN 18 SMK DATO’ HARUN 3 SMK METHODISTS 19 SMK JALAN TIGA 4 SMK (L) BUKIT BINTANG 20 SMK KUALA KUBU BHARU 5 SMK CONVENT BUKIT NANAS 21 SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH 6 SMK SERI BINTANG UTARA 22 SMK TELOK DATOK 7 SMK(P) SRI AMAN 23 SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
8 SMK ASSUNTA 24 SMK TINGGI KAJANG 9 SMK AMINUDDIN BAKI 25 SMK UNGKU AZIZ 10 SMK JALAN COCHRANE 26 SAMT TENGKU AMPUAN JAMAAH 11 SMK METHODIST (ACS) 27 SAM BESTARI 12 SMK TINGGI KLANG 28 SAMT SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 13 SMK CONVENT KLANG 29 SAMT HISHAMUDIN 14 SMK LA SALLE 30 SAM BANDAR SALAK TINGGI 15 SMK (P) METHODIST 31 SAM HISHAMUDIN 16 SMK TENGKU RAHIMAH
AMPUAN -
Apakah syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan minima bagi memperoleh bantuan biasiswa daripada Yayasan Selangor ini?
Syarat Kelayakan Pemohon Biasiswa:
- Pemohon hendaklah seorang rakyat Malaysia, pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
- Pemohon adalah Pelajar Asrama Pusat atau Asrama Daerah Yayasan Selangor (Asrama Harian)
- Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau mempunyai ramai tanggungan
- Mencapai keputusan peperiksaan penggal persekolahan dengan markah melebihi 60% (jika berkaitan).
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Sekolah dan Asrama Yayasan Selangor.
- Tidak mendapat bantuan atau biasiswa dari pihak-pihak lain.
- Mengisi Borang BIA/1 dengan lengkap dan menyerahkan borang berkenaan sebelum tarikh tutup penerimaan permohonan.