Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
60) BANTUAN & BIASISWA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah status pelaksanaan manifesto ini?
Pemberian bantuan dan biasiswa telah dilaksanakan melalui Program Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
-
Beri statistik jumlah bantuan dan penerima bantuan atau biasiswa dari kerajaan negeri atau anak syarikatnya dari 2008 hingga 2013?
Statistik jumlah bantuan dan penerima bantuan atau biasiswa dari kerajaan negeri atau anak syarikatnya dari 2008 hingga 2013.
Tahun Jumlah pelajar yang menerima tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor (Orang)
Jumlah Perbelanjaan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri
Selangor
(RM)
2008 708 6,320,526 2009 755 9,473,269 2010 1040 11,450,579.00 2011 850 15,420,337.00 2012 1460 19,527,011.00 2013 532 9,805,270.65