Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

45) BANTUAN BENCANA KEBAKARAN DAN BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan sumbangan bencana kebakaran kepada mangsa?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah bantuan kepada mangsa bencana. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor memberikan Bantuan Wang Ihsan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan di dalam Surat Ikatan Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor seperti berikut :

    1. Musnah – RM 00
    2. Separuh musnah – RM 00

     

    Selain itu juga, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memberikan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa bencana termasuk kebakaran seperti berikut :

     

    TEMPOH JENIS BANTUAN JUMLAH (RM)
     

     

    Semasa MTL (November – Mac)

    Bantuan Wang Ihsan (BWI)

    –   Bantuan tunai diagihkan kepada KIR yang terkesan akibat bencana dan berpindah ke PPS.

    –   BWI hanya boleh dituntut sekali sahaja oleh KIR yang ditimpa bencana semasa musim MTL.

     

     

    1,000

    Bantuan Wang Ihsan Kematian (BWI Kematian)

    – Bantuan tunai diberikan kepada waris mangsa

    bencana yang meninggal dunia semasa musim MTL.

     

    10,000

     

     

     

    Di Luar MTL (April – Oktober)

    Bantuan Wang Ihsan (BWI)

    –   Bantuan tunai diberikan kepada KIR yang terkesan

    akibat bencana dan berpindah ke PPS.

    –   BWI hanya boleh dituntut sekali sahaja dalam tempoh tiga (3) bulan oleh KIR yang ditimpa bencana di luar musim MTL.

     

     

    1,000

    Bantuan Wang Ihsan Kematian (BWI Kematian)

    – Bantuan tunai disalurkan kepada waris mangsa bencana yang meninggal dunia di luar musim MTL.

     

    10,000

     

    Berikut adalah syarat-syarat kelayakan Bantuan Wang Ihsan BWI :

     

    • Bantuan ini terpakai bagi bencana alam utama yang pernah berlaku iaitu banjir, tanah runtuh, ribut/taufan, gempa bumi dan tsunami atau lain-lain seperti yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berdasarkan tafsiran kejadian bencana Arahan MKN No.

     

    • Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja apabila ditimpa bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL).

     

    • Bagi kejadian bencana di luar musim MTL, bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja dalam tempoh tiga (3) bulan ditimpa bencana.

     

    • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berpindah/ berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

     

    • Pemohon mestilah merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana yang menduduki rumah kediaman persendirian ketika kejadian bencana

     

    • Rumah kediaman persendirian berbilang tingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya terjejas akibat bencana namun tertakluk kepada unit-unit rumah yang berada di tingkat yang terjejas sahaja dan bukannya keseluruhan unit di bangunan

     

    • Bantuan ini diberikan bagi kejadian bencana yang berlaku dalam sesuatu daerah yang melibatkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) KIR dan ke

     

    • Bantuan ini terhad kepada seorang (1) KIR sahaja tanpa mengira bilangan isi rumah atau ahli keluarga yang tinggal di dalam rumah kediaman yang

     

    • Rumah kediaman adalah dikira sebagai satu (1) unit rumah sahaja sekiranya menggunakan alamat yang sama kecuali bagi rumah panjang di Sarawak dan Sabah yang dikira sebagai rumah yang berasingan bagi setiap bilik

     

    • Setiap KIR hanya layak menerima bantuan bagi sebuah (1) rumah sahaja yang terjejas akibat bencana tanpa mengira bilangan rumah yang dimiliki atau terjejas akibat

     

    • Penyewa rumah juga boleh memohon bantuan ini tetapi hanya seorang (1) isi rumah sahaja di kalangan penyewa rumah yang layak

     

    • Tuan rumah tidak layak memohon bantuan ini bagi rumah sewa sama ada rumah sewa tersebut diduduki atau tidak diduduki oleh

     

    • Pemohon yang berpindah ke PPS perlu mendaftar nama dan maklumat peribadi dengan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

     

    • Kategori rumah yang tidak layak untuk memohon bantuan ini adalah termasuk:

     

    1. Rumah yang tidak diduduki;
    2. Rumah tidak terkesan bencana (terkepung akibat banjir);
    3. Unit rumah berbilang tingkat tidak terkesan bencana;
    4. Rumah setinggan;
    5. Rumah kedai; dan
    6. Premis perniagaan (homestay, hotel dan lain-lain).

Lampiran

Tiada Lampiran.