Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

349) BANTUAN BENCANA BANJIR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan yang disediakan kepada para mangsa yang sering terbabit dalam bencana banjir?

    Kerajaan Negeri Selangor menyediakan bantuan wang ihsan kepada mangsa-mangsa bencana menggunakan peruntukan di bawah Kumpulan Wang Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor. Secara umumnya, bantuan wang ihsan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah yang melibatkan kejadian bencana banjir, banjir kilat, kebakaran, tanah runtuh, dan ribut dengan kadar maksimum sebanyak RM 500.00. Kerajaan juga memberikan bantuan wang ihsan melibatkan kematian kepada waris keluarga mangsa bencana berjumlah RM1,000.00.

     

    Selain daripada bantuan wang ihsan oleh Kerajaan Negeri Selangor, agensi/jabatan kerajaan yang lain turut memberikan bantuan/sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana seperti berikut:

     

    1. Bantuan maksimum RM5,000.00 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi rumah yang musnah semasa kejadian bencana;
    2. Bantuan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), iaitu bantuan maksimum sebanyak RM1,000.00.00. Bantuan ini dikhususkan kepada mangsa yang beragama islam;
    3. Bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor, meliputi kejadian bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh, dan kebakaran;
    4. Bantuan daripada Yayasan Anak Warisan Selangor sebanyak RM200.00 kepada seorang anak yang berdaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor
    5. Bantuan daripada Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI) melalui Jabatan Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) yang menyumbangkan barang keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.