Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

30) Bantuan Bencana Alam

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bantuan bencana yang telah disumbangkan PBN kepada mangsa bencana mengikut Daerah/DUN?

    Untuk makluman Yang Berhormat, perincian jumlah bantuan bencana yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana kepada mangsa bencana mengikut daerah pada tahun 2020 adalah seperti berikut:

  2. Berapakah purata masa yang diambil untuk memproses sehinggalah bantuan ini diserahkan kepada mangsa?

    Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya, masa yang diambil untuk memproses permohonan bantuan ini adalah selama 3 hari, iaitu dari permohonan diterima sehinggalah bantuan diserahkan kepada mangsa. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada skala bencana dan bilangan keluarga mangsa bencana yang terlibat. Kerajaan Negeri Selangor, melalui Unit Pengurusan Bencana telah mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi memastikan bantuan kewangan disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana dengan kadar segera:

    i. Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Akaun Bencana Daerah dua (2) kali setahun.

    ii. Mengurangkan birokrasi di mana hanya 3 dokumen sahaja yang diperlukan iaitu :

    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Laporan Polis
    • Laporan ringkas beserta gambar lokasi kejadian yang disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung.

    iii. Bagi jumlah mangsa bencana yang besar, Pejabat Daerah dan Tanah disyorkan untuk melaksanakan pemberian bantuan secara berfasa dengan mendahulukan permohonan yang telah lengkap dokumentasinya. Ini adalah bagi memastikan bantuan segera dapat diserahkan serta mengelakkan daripada berlakunya tuntutan palsu oleh pemohon yang tidak berkelayakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.