Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

234) BANTUAN BENCANA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai sebenar bantuan bencana alam yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mangsa ribut dan banjir?

    1. Kerajaan Negeri Selangor memberikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa ribut dan banjir berdasarkan kadar yang telah dinyatakan di dalam ketetapan Surat Ikatan Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang berkuatkuasa mulai 9 Februari 2023 :

     

    BIL. PERKARA KADAR MAKSIMUM (RM)
    1. Mangsa Banjir:

    a. Banjir

    b. Banjir Kilat yang tidak melibatkan pemindahan mangsa (pembayaran tidak boleh melebihi kadar tahunan dan hanya rumah yang dimasuki air sahaja layak menerima bantuan kewangan)

     500.00

     

    250.00

    (kadar maksimum setahun)

    2. Mangsa Ribut 500.00
    3. Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia 1,000.00
  2. Apakah prosedur untuk memohon bantuan bencana tersebut?

    Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa terkesan bencana diselaraskan melalui sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah. Berikut adalah prosedur bagi memohon bantuan bencana:

    1. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke PPS perlu mendaftar dengan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tersebut;
    2. Salinan kad pengenalan;
    3. Laporan polis; dan
    4. Laporan bergambar kediaman yang terjejas bencana.

Lampiran

Tiada Lampiran.