Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

14) BANTUAN BENCANA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang boleh dibuat dalam masa setahun oleh mangsa-mangsa bencana di Negeri Selangor seperti kebakaran dan banjir?

    Tiada had permohonan tuntutan pada suatu tahun semasa kecuali kepada bencana banjir kilat. Tuntutan boleh dibuat berdasarkan kejadian bencana yang menimpa mangsa.

  2. Sekiranya permohonan dihadkan, apakah bantuan-bantuan lain yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap mangsa?

    Kerajaan Negeri Selangor memberikan bantuan berdasarkan kadar yang telah dinyatakan di dalam ketetapan Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang berkuatkuasa mulai 30 Ogos 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.