Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

1) BANTUAN BENCANA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah bantuan bencana yang dibayar oleh Pejabat Daerah?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah bantuan kepada mangsa bencana melalui Tabung Bencana Khas Negeri Selangor dan akan meneruskan bantuan berdasarkan kadar sedia ada yang telah dikemaskini sehingga 31 Ogos 2017. Kadar bantuan adalah seperti jadual di bawah :-

  2. Nyatakan statistik bencana mengikut pecahan DUN.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana buat masa ini telah mencerap statistik mengikut kawasan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). Statistik bencana pada tahun 2018 adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.