Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

133) BANTUAN BARANGAN RUNCIT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah usaha kerajaan membantu keluarga yang hadapi tekanan harga barangan keperluan seperti makanan dan pakaian?

    Sebagai sebuah negeri berkebajikan kerajaan negeri telah berusaha membantu keluarga yang menghadapi tekanan harga barangan keperluan melalui pemberian pelbagai bentuk bantuan. Sebagai contoh, setiap kali musim perayaan yang melibatkan kaum utama di Malaysia, Kerajaan Negeri akan memberikan Bantuan Perayaan dalam bentuk baucer bernialai RM 100.00 yang akan diagihkan kepada penduduk yang mempunyai pendapatan di bawah RM 3,000.00. Baucer ini boleh ditebus di mana – mana pasaraya terpilih untuk membeli barang – barang keperluan dapur dan sebagainya. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga memperkenalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu Utama, Pusat Tuisyen Rakyat, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Anak – Anak Pekerja Ladang, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SIKEMBAR) dan skim bantuan tadika (TUNAS). Dengan adanya program seperti ini ia dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi oleh

  2. Apakah pendirian kerajaan terhadap sistem kupon barangan keperluan bagi peringankan bebanan rakyat?

    Kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada segala cadangan untuk meringankan beban rakyat dan menyambut baik cadangan sistem kupon barangan keperluan. Walaubagaimanapun, cadangan ini memerlukan kajian yang terperinci sebelum melaksankannya. Secara dasarnya kerajaan negeri berpendapat bahawa sistem bantuan ini sangat baik untuk diberikan kerana ianya memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama bagi rakyat yang berpendapatan rendah. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengkaji dan menghalusi cadangan tersebut agar dapat dilaksanakan dengan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.