Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
75) BANTUAN BANGKIT SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah permohonan bantuan Bangkit Selangor mengikut pecahan daerah?
Untuk makluman YB, berikut dikemukakan permohonan BSB mengikut daerah:
-
Berapa ramaikah pemohon yang telah menerima bantuan Bangkit Selangor mengikut daerah?
Sehingga 7 Mac 2022, seramai 115,852 KIR dan 14 orang waris yang meninggal dunia telah menerima BSB di seluruh negeri.
-
Adakah semua permohonan Bangkit Selangor ini layak menerima bantuan? Jika tidak, apakah kreteria penolakan permohonan mereka?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat permohonan-permohonan yang ditolak oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). Di antara sebab penolakan adalah berlakunya permohonan berulang daripada
pemohon. Dalam masa yang sama, terdapat permohonan yang dihantar kepada beberapa Daerah yang berlainan. Ini melibatkan kawasan-kawasan yang terletak bersempadan dengan daerah berkenaan.