Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

91) BANTUAN BAGI WARIS WARGA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan bantuan bagi waris warga mas dari negeri Selangor yang meninggal dunia. Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan?

    Kerajaan Negeri telah mengeluarkan sejumlah RM 2.02 juta bagi membiayai Skim Mesra Usia emas ini di mana sebanyak RM 1.713 juta dikeluarkan untuk peringkat pertama manakala sebanyak RM 315 ribu dibayar untuk peringkat kedua yang bermula pada bulan Februari ini.

     

  2. Apakah cara untuk memastikan peruntukan yang diberi digunakan oleh waris bagi kepentingan si mati?

    Pemberian RM 2500 adalah sebagai bantuan khairat kematian bagi kegunaan waris si mati untuk membiayai segala kos pengebumian oleh peserta skim ini. Terpulang kepada waris si mati untuk menentukan bagaimanakah bantuan ini harus digunakan untuk pengurusan pengebumian yang terbaik untuk peserta yang meninggal.  Bantuan ini diberikan adalah untuk meringankan sedikit beban kewangan waris si mati dalam menguruskan jenazah peserta skim ini.

     

  3. Apakah kewajaran ditambah lagi RM1500 kepada waris si mati selepas pemberian RM1000?

    Jumlah sebenar yang diperuntukkan adalah sebanyak RM 2500 kepada peserta skim Mesra Usia Emas. Tujuan RM 1000 diberikan kepada waris si mati dalam tempoh 24 jam adalah untuk membantu waris si mati dalam menyediakan keperluan untuk mengebumikan peserta skim ini sekiranya berlaku kematian ke atas peserta. Baki RM 1500 pula akan diberikan dalam tempoh 60 hari selepas kematian.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.