Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

72) BANTUAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah LZS memastikan bahawa penerima bantuan asnaf zakat Selangor adalah yang berkelayakan dan bukan yang dipalsukan?

    Untuk memastikan penerima bantuan zakat dalam kalangan asnaf fakir dan miskin adalah yang berkelayakan serta mengikuti Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat, LZS menggunakan beberapa pendekatan. Antaranya:

     

    1. Menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah
    2. Semakan maklumat dengan merujuk kepada penolong amil kariah yang dilantik
    • Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada ketua masyarakat (penghulu/ketua kampung/Nazir Masjid).
  2. Apakah tindakan yang dikenakan ke atas penerima bantuan asnaf yang memalsukan maklumat mereka?

    Antara tindakan yang dikenakan ke atas penerima bantuan asnaf adalah:

     

    • Kaunseling dan memberi amaran
    • Menyenaraihitamkan individu yang terlibat
    • Untuk asnaf yang telah berdaftar, bantuan berkala yang disalurkan akan dihentikan sementara bagi menjalankan siasatan dan semakan semula bantuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.