Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
113) BANTUAN ANAK YATIM COVID-19
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan Bantuan Anak Yatim COVID-19 yang telah disalurkan setakat ini dan kepada berapa ramai anak yatim?
Untuk makluman Yang Berhormat Kampung Tunku, selaras dengan Ucapan Belanjawan 2022 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan Bantuan Anak Yatim Covid-19 sebanyak RM500.00 kepada anak-anak Selangor yang kehilangan ibu atau ayah akibat COVID-19. Sumbangan ini dijangka akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.25 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 anak yatim di seluruh negeri Selangor. Bantuan Anak Yatim Covid-19 pada ketika ini dalam tindakan penyelarasan bagi memastikan proses penyerahan dan pelaksanaan bantuan tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.