Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
182) BANTING DAN BANNER AKTIVITI-AKTIVITI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri telah membelanjakan berapa jumlah wang untuk tujuan banting dan banner untuk aktiviti-aktiviti kerajaan negeri sejak tahun 2008 sehingga 2012?
Jumlah keseluruhan wang yang dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti Kerajaan Negeri untuk tujuan bunting dan banner sejak tahun 2008 sehingga 6 Julai 2012 ialah sebanyak RM577,135.00. Perincian perbelanjaan mengikut aktiviti adalah seperti di dalam jadual di Lampiran 1 untuk Bahagian ICT dan Seksyen Sektoral berjumlah RM76,110.00. Manakala perincian perbelanjaan mengikut aktiviti bagi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia adalah seperti di Lampiran 2 berjumlah RM501,025.00.
-
Apakah nama syarikat yang dapat kontrak-kontrak tersebut?
Nama-nama syarikat yang mendapat kontrak-kontrak tersebut adalah seperti di dalam jadual di Lampiran 1 dan Lampiran 2.
-
Siapakah nama pemilik syarikat?
Nama-nama pemilik syarikat yang mendapat kontrak-kontrak tersebut juga adalah seperti di jadual di Lampiran 1 dan Lampiran 2.