Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

61) BANTAHAN MENGIMPLEMENTASI KUTIPAN FI PARKIR DALAM KAWASAN INDUSTRI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian kerajaan bagi mengimplementasi kutipan Fi Parkir dalam kawasan perindustrian?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pada masa kini, kutipan Fi Parkir hanya dilaksanakan di beberapa kawasan perindustrian oleh beberapa PBT sahaja dengan tujuan mengawal penyalahgunaan parkir di kawasan perindustrian memandangkan terdapat banyak aduan yang diterima oleh PBT berhubung penyalahgunaan parkir di kawasan perindustrian. Penyalahgunaan parkir ini termasuklah meletakkan kenderaan berat dan jentera berat kepunyaan industri di kawasan parkir awam serta menjadikan parkir awam di kawasan perindustrian sebagai tempat letak kenderaan buruk atau kenderaan rosak.

  2. Kebanyakan Persatuan Perindustrian membantah Implementasi Fi Parkir dalam kawasan Perindustrian, adakah Keranjaan Negeri menimbang semula jika pendirian kerajaan negeri menyokong menjalankan kutipan fis parkir dalam kawasan tersebut?

    Kerajaan Negeri berpandangan bahawa kutipan fi parkir di kawasan perindustrian perlu dilaksanakan dan petak parkir di kawasan perindustrian juga perlu diwartakan kerana bilangan parkir yang terhad dan salah guna petak parkir sentiasa berlaku. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan sentiasa terbuka dalam mempertimbangkan permohonan untuk mengkaji semula pelaksanaan kutipan fi parkir ini agar ianya dapat memberi kebaikan kepada semua pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.