Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

166) BANK TANAH KERAJAAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan tanah kerajaan di kawasan DUN Selat Klang

    Setelah semakan dibuat, didapati untuk kawasan DUN Selat Klang hanya sebahagian Pulau Ketam masih merupakan tanah kerajaan.

  2. Apakah perancangan setakat ini untuk membangunkan tanah tersebut?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri telah meluluskan Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan rumah kediaman kepada penduduk Pulau Ketam.

  3. Bagaimanakah prosedur orang kampung melalui JKKK boleh memanfaatkan tanah kerajaan yang terbiar untuk kegunaan tidak kekal?

    Tanah kerajaan yang terbiar boleh dipohon secara Lesen Pendudukan Sementara untuk tujuan tidak kekal mengikut Garis Panduan permohonan LPS di atas tanah rizab iaitu untuk tujuan seperti berikut:

    • Tapak semaian/jualan pokok hiasan
    • Tanaman kontan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.