Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

64) BANJIR SERING MELANDA LANGAT JAYA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perumahan di Langat Jaya berada di tepi laluan Sungai Langat, sebab itu bila hujan sedikit lebat sering dilanda banjir. Pertemuan antara penduduk dengan JPS telah dibuat. Apakah sebab mudahnya berlaku banjir di kawasan tersebut?

    Perumahan Langat Jaya seperti yang maklum berada di tepi laluan Sungai
    Langat. Kejadian banjir ini berlaku disebabkan kapasiti sungai sedia ada tidak
    lagi mencukupi untuk menampung air larian yang berlebihan akibat hujan lebat,
    oleh itu air akan melimpahi tebing sungai seterusnya masuk ke kawasan
    perumahan Langat Jaya melalui parit utama kawasan perumahan tersebut.

  2. Apakah tindakan yang akan diambil oleh JPS?

    Jabatan telah pun mengambil tindakan jangka pendek bagi mengatasi masalah
    banjir di kawasan tersebut dengan pembinaan ban dan pemasangan flap-gate di
    parit utama kawasan perumahan Langat Jaya pada bulan Februari 2010,
    setakat ini tiada kejadian banjir direkodkan selepas siap pembinaan. Di samping
    itu juga Jabatan telah mencadangkan kepada Kumpulan SEMESTA Sdn. Bhd.
    untuk menjalankan kerja cuci gali Sungai Langat bagi meningkatkan kapasiti
    sungai tersebut. Sebagai langkah jangka panjang dalam menangani kejadian
    banjir di kawasan yang berdekatan dengan Sungai Langat secara menyeluruh
    termasuk kawasan perumahan Langat Jaya, Jabatan telah menyenaraikan
    Projek Tebatan Banjir Sungai Langat, di daerah Hulu Langat di bawah
    Rancangan Malaysia Ke 10.

  3. Bilakah projek ini dijangka dapat dilakukan?

    Kerja-kerja bagi tindakan jangka pendek telah pun dijalankan dan dalam
    tindakan pihak SEMESTA Sdn Bhd. Manakala bagi tindakan jangka panjang
    Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat akan dijalankan dalam
    Rancangan Malaysia Ke Sepuluh.

Lampiran

Tiada Lampiran.