Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

214) BANJIR LUMPUR DI KAMPUNG BATU TIGA, JALAN BANGI LAMA SEMENYIH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah banjir lumpur di kawasan tersebut?

    Bagi langkah jangka masa pendek, Notis Berhenti Kerja telah dikeluarkan kepada pemaju UEM Land Berhad bagi mengambil langkah pencegahan banjir dan pihak pemaju telah pun mengorek dan mendalamkan longkah tanah di hadapan tapak pembangunan. Bagi langkah jangka masa panjang pula, pihak pemaju perlu mematuhi spesifikasi dan syarat kelulusan yang akan diisyaratkan oleh pihak JPS kelak di mana kesemua longkang perlu dibina / dinaiktaraf dan diselenggara sehingga ke saluran keluar utama.

  2. Apakah tindakan ke atas pemaju perumahan yang tidak menitikberatkan sistem perparitan di tapak projek?

    Notis Berhenti Kerja telah dikeluarkan kepada pemaju pada 30/4/2014 bagi melaksanakan kerja-kerja mengatasi masalah banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.