Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

158) BANJIR LIMPAHAN AIR TASIK DI MUKIM TANJUNG 12, KUALA LANGAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan penguatkuasaan untuk mengatasi isu banjir yang kerap berlaku akibat limpahan air tasik dari kawasan Gamuda Cove yang telah menyebabkan banjir di Selangor Dredging , Taman Topaz , Olak Lempit dan Kawasan Pertanian Agrotek?

    Pembangunan saliran Gamuda Cove tidak pernah dirujuk kepada MPSepang. Oleh yang demikian tiada maklumat pelan Saliran Induk Gamuda Cove. Perbincangan dan pelarasan bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan JPS akan dilaksanakan bagi mengawal dan menyelia isu banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.