Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

72) BANJIR KILAT YANG MELANDA DUN KOTA ALAM SHAH PADA 30HB MAC, 2012.

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat apa-apa sabotaj oleh mana-mana pihak di atas kejadian banjir kilat teruk yang melanda DUN Kota Alam Shah pada 30 Mac, 2012 yang lalu?

    Dijawab oleh PTD Klang.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah banjir kilat di DUN Kota Alam Shah pada masa akan datang?

    Melalui kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, Kerajaan negeri kini sedang giat melaksanakan kerja jangka pendek bagi mengatasi masalah banjir yang menimpa klang baru baru ini. projek dilaksanakan secara bersepadu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang berjumlah 5.2 Juta. Disamping itu pihak kerajaan negeri sedang dalam perancangan bagi langkah jangka panjang melalui PROJEK MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DI SUNGAI AUR FASA 4 DAERAH KLANG didalam membantu mengurangkan permasalahan banjir di kawasan DUN Kota Alam Shah.

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai Jurutera Pakar mereka sendiri untuk mengkaji cara-cara bagi mengatasi masalah banjir di seluruh Bandar DiRaja Klang?

    Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia melalui Bahagian Saliran Mesra Alam telah melantik perunding HLA Associates Sdn Bhd untuk menyediakan Pelan Induk Saliran Bandar Klang yang meliputi keseluruhan Bandar Klang dibawah pentadbiran Majlis Perbandaraan Klang. Pelan Induk tersebut telah disiapkan pada bulan Mei 2009 dan salinannya telah diedarkan kepada semua agensi kerajaan yang berkepentingan di Daerah Klang.

    Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang ini meliputi penyediaan inventori sistem saliran sedia ada, kawasan risiko banjir dan cadangan-cadangan mengatasi masalah banjir serta kos yang terlibat. Selain Jabatan Pengairan dan Saliran, Pelan induk Saliran Bandar Klang ini boleh juga digunakan oleh lain-lain agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan untuk merancang dan mengatasi masalah banjir di bawah pentadbiran mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.