Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
180) BANJIR KILAT TAMAN TEMPLER
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah kerajaan negeri akan menyelesaikan isu banjir kilat di Selayang Baru?
Untuk mengurangkan isu banjir kilat di Selayang Baru pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Anak Sungai Udang di Selayang Sejati yang telah disiapkan pada 31 Julai 2019 dengan kos sebanyak RM1.1 Juta. Walau bagaimanapun, kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran dalaman yang telah tidak mampu menampung pertambahan air larian hujan juga perlu dilaksanakan secara bersepadu antara JPS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain daripada menjalankan kerja-kerja fizikal, kesedaran kepada masyarakat juga perlu ditingkatkan memandangkan antara punca utama banjir adalah disebabkan sampah sarap yang dibuang ke dalam sistem saliran yang seterusnya menghalang aliran air.
-
Bilakah projek longkang akan diteruskan bagi melebarkan anak Sungai Udang khususnya dijalan 11, 21, 23, 27, 62 kerana kekerapan berlaku banjir kilat dan hujan lebat
Untuk Projek RTB Anak Sungai Udang, peruntukan sebanyak RM20 juta telah pun dipohon dalam RMK12. Ia melibatkan kos pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti selain daripada kerja-kerja pelebaran Anak Sungai Udang. Pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan peruntukan persekutuan.
Selain itu, Projek Retrofitting Sistem Saliran Anak Sungai Udang dengan kos RM10 juta juga dipohon dalam RMK12 bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran utama yang masuk ke Anak Sungai Udang. Pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan peruntukan negeri.