Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
225) BANJIR KILAT DI TAMAN SG KAPAR INDAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah hasil kajian juruperunding MPK bagi mengenal pasti punca banjir kilat dan cara mengatasinya di Taman Sungai Kapar Indah?
Punca berlakunya banjir kilat di kawasan Taman Sungai Kapar Indah adalah akibat daripada sistem perparitan dalaman yang tidak lancar atas faktor sekatan halangan di dalam longkang. Penyelenggaraan sistem saliran termasuk pengorekan sediment perlu dilaksanakan secara berkala atau one-off mengikut keperluan.
-
Berapakah bajet bagi mengatasi masalah banjir kilat di Sungai Kapar Indah?
Kerajaan Persekutuan dalam peringkat kelulusan bagi “Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar” di bawah Peruntukan Off Budget dengan anggaran kos sebanyak RM220 juta. Skop kerja tebatan banjir tersebut adalah meliputi kawasan sekitar Meru sehingga Kapar termasuk kawasan perindustrian serta kawasan tadahan kedua-dua sungai sehingga ke bahagian muara sungai.