Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
387) BANJIR KILAT DI TAMAN PALM GROVE, TAMAN CHI LIUNG KLANG DAN TAMAN BAYU PERDANA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan dari MBDK dan JPS untuk mengatasi banjir kilat di Taman Palm Grove, Taman Chi Liung Klang dan Taman Bayu Perdana?
Untuk makluman Yang Berhormat, sistem perparitan di Taman Palm Grove, Taman Chi Liung dan Taman Bayu Perdana adalah di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Manakala kolam takungan bersebelahan Persiaran Batu Nilam adalah di bawah penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor. Berikut merupakan dua (2) kerja penyelenggaraan dengan jumlah kos sebanyak RM238,260.00 yang dilaksanakan secara berkala:-
MBDK
Pihak Majlis masih di peringkat kajian bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di Taman Palam Grove. Manakala di Taman Chi Liung, Klang pihak Majlis telah melantik kontraktor bagi pelaksanaan projek kerja-kerja menaiktaraf perparitan serta kerja-kerja berkaitan di Lorong Bahagia, Taman Chi Liung, Mukim Klang, Daerah Klang yang mana projek telah bermula pada 10 November 2023 dan dijangka siap pada 9 Mei 2024. Seterusnya, pihak Majlis mempunyai cadangan untuk menambah kolam tadahan di Jalan Pegaga, Taman Bayu Perdana bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku di kawasan tersebut. Cadangan projek masih di peringkat kajian dan reka bentuk terperinci.