Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
256) BANJIR KILAT DI TAMAN KOPEMA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di Taman KOPEMA Tanjong Karang setiap kali berlaku air pasang besar dan hujan lebat?
Antara langkah-langkah bagi mengatasi isu banjir kilat di Taman Kopema pihak MPKS akan melaksanakan tindakan dilokasi terjejas dimana saliran keluar (outlet) longkang dari kawasan perumahan Taman Kopema ke saliran longkang utama (U drain) dinaiktaraf dari longkang jenis V shape berukuran 300mm kepada longkang jenis U drain berukuran 1200mm bagi mempercepat aliran keluar dari kawasan perumahan ke longkang utama.
Pihak MPKS juga mengesyorkan untuk pihak JPS agar dapat mempertimbangkan pemasangan rumah pam di kawasan kunci air JPS berhampiran kawasan Pasar Awam Tanjong Karang.