Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
46) BANJIR KILAT DI SIMPANG MASUK KE WCE DARI PERSIARAN HAMZAH ALANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggara jalan dan parit di simpang masuk ke WCE dari Persiaran Hamzah Alang yang kini akan banjir kilat bila hujan lebat?
Persimpangan keluar masuk ke WCE dari Persiaran Hamzah Alang adalah laluan Persekutuan iaitu FT3217. Tanggungjawab penyenggaraan persimpangan ini adalah masih di bawah penyenggaraan WCE dan dalam proses penyerahan kepada pihak JKR.
-
Adakah WCE atau JKR ada membuat kajian trafik di hadapan Taman Mas yang kini menjadi kawasan kemalangan bagi penduduk Taman Mas dan pengguna dari Jalan Dato Tahir Manan yang mahu masuk ke Persiaran Hamzah Alang?
Kajian pernah dibuat oleh WCE pada tahun 2018.