Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

190) BANJIR KILAT DI SALURAN KONKRIT SUNGAI HAMPAR KG BARU SUNGAI BULOH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah memohon peruntukan bagi Menaiktaraf Sg. Hampar di bawah salah satu skop Rancangan Tebatan Banjir Sg. Buloh (Fasa 2) dengan anggaran kos RM 20 juta yang dipohon melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kepada Kerajaan Persekutuan. Bagi tindakan jangka masa pendek JPS Selangor telah dan akan melaksanakan kerja-kerja Penyelenggaraan Sg. Hampar secara berkala meliputi skop membuang halangan, membersihkan sampah sarap dan kerja-kerja membuang kelodak di dalam sungai.

  2. Bilakah penyelesaian tersebut dapat dilakukan ?

    Sekiranya projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Buloh (Fasa 2) ini diluluskan, ia akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu bermula dari tahun 2021 sehingga tahun 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.