Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

206) BANJIR KILAT DI PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha JPS untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berulang ?

    Kejadian banjir kilat adalah dalam perhatian dan keutamaan pihak JPS di mana terdapat beberapa isu dikenalpasti seperti isu Kolam Takungan berhampiran Sungai Rasah berdekatan Hypermarket Giant tidak berfungsi sepenuhnya. JPS telah memanggil kerja-kerja bagi menaiktaraf Sungai Rasah dengan menggunakan peruntukan dibawah Program Pengurusan Banjir (P13).

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan ?

    Sejumlah RM 53,615,300.00 telah diterima bagi perlaksanaan projek Sungai Rasah ini.

  3. Bila projek akan disiapkan ?

    Berikut adalah butiran bagi projek-projek yang berkaitan bagi mengatasi isu banjir kilat di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

    BIL TAJUK KERJA KOS TARIKH

    MULA

    TARIKH

    SIAP

    1 Kerja-Kerja Membaikpulih Struktur Utama Sg. Rasah Dan Kerja-Kerja Berkaitan di I-City/Plaza Tol Sg Rasah, Daerah klang, Selangor Darul Ehsan RM 9,494,537.00

    (asal)

    29.05.2014 17.09.2015
    2 Membina Dan Menyiapkan Sebuah Kolam Takungan Banjir dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Bukit Bandaraya Seksyen u11, Daerah Petaling, Selangor

    Darul Ehsan

    RM 1,598,124.50

    (asal)

    23.07.2014 21.04.2015

     

    BIL TAJUK KERJA KOS TARIKH

    MULA

    TARIKH

    SIAP

    3 Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Kg. Air Kuning dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Plaza Tol Sg. Rasah, Daerah Klang. RM 1,347,150.00

    (asal)

    24.12.2014 10.06.2015
    4 Cadangan Tebatan Banjir Di Jalan Sungai Rasah Dan Jalan Padang Jawa, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan (Menggantikan Jambatan Di Atas Sungai Rasah Di KM 5.6 Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan) – dilaksanakan oleh pihak JKR RM 25,000,000.00 3.12.2013 16.6.2015
    5 Kerja-kerja membina lencongan Sg Rasah ke Tasik Ladam Sg Klang Dan Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan Di Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan RM 6,710,890.00 19.11.2013 18.05.2015
    6 Membekal, mengahantar, mengujijaya dan mentauliah pam selam hidraulik dan aksesori yang berkaitan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor RM 855,200.00 18.02.2014 07.07.2014
    7 Membekal, menghantar, memasang, mengujijaya dan mentauliah pam skru Archimedian untuk Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor RM 1.068,000.00 12.11.2014 30.04.2015
    8 Kerja-kerja pembinaan kolam takungan banjir serta kerja-kerja lain yang berkaitan di kawasan perindustrian Bukit Raja Daerah Klang, Selangor

    Darul Ehsan

    RM 2,550,209.00 4.07.2012 12.02.2013

Lampiran

Tiada Lampiran.