Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

198) BANJIR KILAT DI LEBUHRAYA SELAYANG Ð KEPONG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerja-kerja menimbus tanah yang dilakukan di kawasan lapang bersebelahan Ideal Convention Centre Taman Prima Selayang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat setiap kali selepas hujan lebat. Gejala ini amat menyulitkan pengguna jalan tersebut yang merupakan laluan utama bagi kenderaan dari Kepong-Selayang, terutama sekali kereta-kereta ambulans dari Hospital Selayang. Apakah projek yang akan dibangunkan serta rasional bagi projek tersebut sedangkan kawasan berkenaan terletak di bawah laluan kabel arus terus voltan tinggi TNB?

    Pihak Majlis Perbandaran Selayang tidak menerima apa-apa permohonan daripada pihak pengusaha cadangan pemajuan di tapak

  2. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengatasi fenomena yang menyusahkan rakyat ini terutama sekali dalam keadaan kecemasan oleh pihak Hospital Selayang?

    Pihak Majlis Perbandaran Selayang mengeluarkan satu kompoun di bawah seksyen 70(A)(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dengan nilai RM 25,000.000 pada 25 September 2012. Pihak pengusaha telah di minta memberhentikan segala aktiviti ditapak dengan serta merta, sehingga mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Majlis. Pihak Majlis telah mengarahkan pihak pengusaha mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah hakisan dan banjir lumpur. Pemantauan dan langkah- langkah pencegahan terus di kekalkan bagi mangelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak

  3. Sudahkah projek tersebut mendapat kelulusan dan mohon dinyatakan syarat dan peraturan yang dikenakan bagi membangunkan kawasan tersebut?

    Pihak Majlis Perbandaran Selayang mengeluarkan satu kompoun di bawah seksyen 70(A)(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dengan nilai RM 25,000.000 pada 25 September 2012. Pihak pengusaha telah di minta memberhentikan segala aktiviti ditapak dengan serta merta, sehingga mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Majlis. Pihak Majlis telah mengarahkan pihak pengusaha mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah hakisan dan banjir lumpur. Pemantauan dan langkah- langkah pencegahan terus di kekalkan bagi mangelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak

Lampiran

Tiada Lampiran.