Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
214) BANJIR KILAT DI LDP
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca utama banjir kilat berlaku secara berterusan di hadapan IOI mall Puchong-LDP?
Punca utama banjir kilat berlaku secara berterusan di hadapan IOI Mall Puchong-LDP adalah seperti berikut:
- Taburan hujan yang tinggi
- Kapasiti parit utama tidak mencukupi
- Kawasan IOI Mall yang rendah
-
Apakah cadangan penyelesaian serta tempoh masa yang akan ditetapkan oleh kerajaan negeri terhadap isu ini?
Cadangan penyelesaian adalah seperti berikut:
No. Cadangan Penyelesaian Tempoh Masa 1. Menaiktaraf 3 cells culvert kepada single cell di laluan masuk ke Stesen LRT dan IOI Mall April 2017- Disember 2017 2. Membina jajaran culvert tambahan merentasi LDP dan di dalam kawasan tempat letak kereta IOI Mall yang akan disambung ke tasik.
Julai 2017 – Jun 2018