Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

127) BANJIR KILAT DI KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah buah rumah yang telah terjejas akibat banjir kilat yang telah berlaku pada Mac yang lalu?

    Berdasarkan kepada permohonan bantuan banjir yang telah dibuat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pusat Khidmat

    Dun kepada Pejabat Daerah/Tanah Klang, sebanyak 10011 buah rumah telah terjejas akibat banjir.

  2. Sehingga kini berapakah jumlah wang bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa banjir?

    Sehingga kini, Pejabat Daerah/Tanah Klang telah melaksanakan pengagihan bantuan banjir seperti berikut:

    Perkara Tarikh Penerima Amaun (RM)
    Penyampaian Bantuan Fasa 1 8 April 2012 1381 orang 690,500.00
    Penyampaian Bantuan Fasa 2, Peringkat 1 6 Mei 2012 1000 orang 500,000.00
    Penyampaian Bantuan Fasa 2, Peringkat 2 8, 10, 15 dan 17 Mei 2012 2000 orang 1,000,000.00
    Penyampaian Bantuan Fasa 3, Peringkat 1 26, Jun 2012 1000 orang 500,000.00
    Penyampaian Bantuan Fasa 3, Peringkat 2 3 dan 7 Julai 2012 2000 orang 1,000,000.00
    Jumlah Keseluruhan   7381 orang 3,690,500.00
  3. Berapakah jumlah mangsa banjir yang belum mendapat wang bantuan tersebut dan mengapa?

    Jumlah mangsa banjir yang belum menerima wang bantuan adalah seramai 2630 orang dan penyampaian bantuan masih belum dibuat kerana masih terdapat dokumen yang tidak lengkap seperti salinan kad pengenalan. Walaubagaimanapun, adalah dijangka bahawa penyampaian bantuan boleh diselesaikan secara keseluruhan di dalam bulan Julai.

Lampiran

Tiada Lampiran.