Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
211) BANJIR KILAT DI KAWASAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) ZAHIDIAH, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu banjir kilat di sekolah tersebut?
Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.
Berkenaan banjir kilat di kawasan Sekolah Rendah Agama (SRA) Zahidiah, Sungai Buloh, berikut adalah maklumat tambahan daripada pentadbiran ini. Berdasarkan semakan dan siasatan, pentadbiran ini tiada menerima aduan atau permohonan berkenaan isu banjir di kawasan yang dimakusdkan.
Sehubungan itu, pentadbiran ini akan meneliti semula isu yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan yang akan diselaraskan di peringkat daerah bersama-sama agensi teknikal seperti Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Oleh yang demikian sebarang tindakan penyelesaian dan tindakan seterusnya akan diselaraskan tertakluk kepada perbincangan seterusnya.
-
Nyatakan tempoh bilangan penyelenggaraaan saliran air di sekitar sekolah tersebut pada tahun 2023 dan 2024?
Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.
Berkenaan banjir kilat di kawasan Sekolah Rendah Agama (SRA) Zahidiah, Sungai Buloh, berikut adalah maklumat tambahan daripada pentadbiran ini. Berdasarkan semakan dan siasatan, pentadbiran ini tiada menerima aduan atau permohonan berkenaan isu banjir di kawasan yang dimakusdkan.
Sehubungan itu, pentadbiran ini akan meneliti semula isu yang dibangkitkan di dalam Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan yang akan diselaraskan di peringkat daerah bersama-sama agensi teknikal seperti Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Oleh yang demikian sebarang tindakan penyelesaian dan tindakan seterusnya akan diselaraskan tertakluk kepada perbincangan seterusnya.
-
Apakah perancangan agar banjir seperti ini tidak akan berulang?