Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
272) BANJIR KILAT DI JAYA SETIA, JALAN PINANG SEBATANG DAN JALAN BUKIT PAYUNG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa sehingga kini masih belum ada penjelasan yang terperinci bagi mengatasi isu banjir di kawasan tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam proses permohonan peruntukan dalam Rancangan Selangor (RS) Ke-2 bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Kampung Bukit Kapar, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan dengan anggaran kos sebanyak RM26 juta bagi mengurangkan impak dan risiko banjir di kawasan tersebut. Perincian projek adalah seperti jadual berikut:-
Bil. Tajuk Skop Anggaran Kos (RM)
Kawasan Terlibat Status 1. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Kampung Bukit Kapar, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan
a) Perlantikan perunding (Reka bentuk terperinci, SI, kerja ukur, utility mapping) b) Menaiktaraf sistem saliran dari Jalan Iskandar terus bersambung ke Sungai Kapar Besar
c) Pengambilan tanah
d) Pengalihan utiliti
e) Membina kolam takungan
f) Menaiktaraf jambatan dan struktur outlet
26,000,000.00 a) Jaya Setia b) Jalan Pinang Sebatang
c) Jalan Bukit Payung
d) Parit Jalan Abdul Latif
Nota:
Sistem saliran berada di dalam tanah persendirian
Dalam Proses Permohonan Peruntukan di bawah Rancangan Selangor (RS) Ke-2
-
Apakah langkah yang akan dibuat dalam kadar segera dan berguna?
Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai langkah yang akan dibuat oleh JPS Daerah Klang dalam kadar segera dan berguna adalah dengan melaksanakan kerja penyelenggaraan di parit Jalan Jaya Setia dan parit Jalan Abdul Latif sehingga ke parit Jalan Iskandar bagi mengurangkan impak dan risiko banjir. Walau bagaimanapun, bagi parit sedia ada yang berada di dalam lot-lot individu adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan tersebut.