Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
217) BANJIR KILAT DI DUSUN TUA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak JPS dan PBT dalam menangani isu perparitan, pengairan dan saliran?
JPS
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM9,774,541.50 untuk menangani isu perparitan, pengairan dan saliran melalui dua (2) peringkat iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Antara kerja-kerja dan projek-projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
MPKJ
Pihak MPKj telah menyelenggara dan membuat pembersihan parit monsun untuk tahun 2022 sebanyak 146 lokasi dan pada tahun 2023 sebanyak 99 lokasi sehingga 24/10/2023 telah dibersihkan bagi menangani kejadian banjir kilat.
Untuk makluman juga, lokasi di Dusun Tua berada di bawah kawal selia Pembangunan Luar Bandar (PLB).
-
Mohon kaji pembinaan longkang yang lebih bersistematik.
- Pengurusan sistem saliran di negara diuruskan oleh pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi-agensi yang berkaitan. Sebagai perancangan jangka masa panjang untuk menyelesaikan masalah banjir kilat, Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) diperlukan di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia sebagai panduan dan rujukan oleh PBT, JPS dan pihak yang berkaitan untuk menaiktaraf, membina sistem saliran serta merancang pembangunan masa hadapan yang lebih terancang, sistematik dan mapan bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan mengawal pencemaran akibat pembangunan.
JPS
JPS Negeri Selangor sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) secara berperingkat. Sehingga kini, tiga (3) kajian telah disiapkan di Daerah Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang. Objektif kajian PISMA adalah untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan untuk mengurangkan risiko banjir kilat. Kajian ini boleh digunapakai untuk mengenalpasti isu-isu dan kelemahan pada sistem saliran sedia ada termasuk isu-isu dan permasalahan kualiti air. Di samping itu, salah satu skop kajian ini adalah untuk mencadangkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan berdasarkan cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi masalah banjir kilat dan pencemaran kualiti air di kawasan perbandaran. Selain daripada itu, kajian ini akan dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk merancang pembangunan masa hadapan yang lebih sistematik dan mapan.
Untuk makluman, JPS Malaysia dalam perancangan untuk melaksanakan Kajian PISMA di Negeri Selangor dengan memfokuskan kepada kawasan pekan di dalam Daerah seperti Meru, Puchong, Semenyih, Selayang, Rawang, Kuang dan sebagainya. Bagaimanapun, perancangan tersebut masih diperhalusi untuk dilaksanakan.