Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
308) BANJIR KILAT DI DESA PUTRA DAN KG SUNGAI MERAB
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Banjir Kilat sering berlaku di Kg Desa Putra , Kg Sungai Merab akibat sistem perparitan dan kolam tadahan air yang tidak diselenggara. Apakah tindakan kerajaan supaya kejadian banjir kilat ini tidak berlaku dimasa akan datang?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat banyak lot tanah yang sedang pesat dibangunkan di kawasan Kg. Desa Putra dan Kg. Sungai Merab. Walau bagaimanapun, tidak semua pembangunan tersebut mempunyai kelulusan dari agensi berkaitan dan ini telah menjadi antara penyumbang kepada kejadian banjir kilat di kawasan tersebut. Di samping itu, tiada kolam takungan bajir di kawasan Kg. Desa Putra.
Manakala di Kg. Sungai Merab, terdapat dua (2) kolam takungan yang diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Sepang iaitu:-
- Kolam 1 Jalan Rollercoaster (2°56’34.07″N,101°44’21.36″E)
- Kolam 3 Jalan Sungai Merab (2°56’24.06″N, 101°44’37.97″E)
Selain itu, sistem saliran sedia ada di kawasan Kg. Desa Putra dan Kg. Sungai Merab merupakan saliran semula jadi yang merentasi melalui lot-lot tanah hakmilik dan bukan dalam rizab Kerajaan menyebabkan terdapat kekangan untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan. Bagi Kg. Desa Putra, hanya parit utama sahaja yang diselenggara oleh pihak JPS Daerah Sepang secara one-off. Manakala bagi Kg. Sungai Merab, kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir dan parit utama dibuat secara berkala.
Tindakan penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengatasi banjir kilat di Kg. Desa Putra dan Kg. Sungai Merab adalah seperti jadual berikut.
Penyelesaian Jangka Masa Pendek – Kerja-kerja Penyelenggaraan
- Kerja-kerja penyelenggaraan oleh JPS di Kg. Desa Putra adalah seperti berikut:-
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Parit Tanah Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kg. Desa Putra, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Pengorekan Parit Utama 27,235.00 2.9.2024 –
2.10.2024
Siap - Kerja-kerja penyelenggaraan oleh JPS di Kg. Sungai Merab adalah seperti berikut:-
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja-Kerja Kecemasan di Luar Jangka (Sebelum dan Selepas Banjir) Dengan Membaikpulih Struktur Sistem Saliran di Kampung Sungai Merab, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Kolam 3 Sg. Merab (Desilting)
197,550.00 27.6.2022 –
20.9.2022
Siap 2. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Kolam 1 di Kg. Sg. Merab dan Kerja Berkaitan, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Kolam 1 Sg. Merab (Desilting)
127,215.00 8.9.2023 –
3.11.2023
Siap 3. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara Berkala Kawasan Rezab Kolam Takungan di Mukim Dengkil Timur Serta Kerja-Kerja Berkaitan , Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan – Kolam Takungan Sg. Merab 3
Penyelenggaraan rizab kolam (pemotongan rumput) 115,570.00 17.4.2023 –
17.11.2023
Siap 4. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara Berkala Kawasan Rezab Kolam Takungan di Mukim Dengkil Timur Serta Kerja-Kerja Berkaitan , Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan – Kolam Takungan Sg. Merab
Penyelenggaraan rizab kolam (pemotongan rumput) 129,500.00 1.4.2024 –
30.11.2024
Siap 5. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara Berkala di Sg. Merab Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Kerja penyelengaraan pemotongan rumput 131,680.00 21.3.2024 –
20.1.2025
Siap Jumlah 701,515.00 Penyelesaian Jangka Masa Panjang – Pelaksanaan Projek
Bil. Tajuk Skop Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kampung Sungai Merab, Mukim Dengkil, Daerah Sepang Menaiktaraf sistem saliran 15,000,000.00 – Dalam Proses Pengambilan Balik Tanah