Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
97) BANJIR KILAT DAMANSARA UTAMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senarai kawasan banjir kilat risiko sederhana dan risiko tinggi di DUN Damansara Utama.
Kawasan yang berisiko banjir kilat sederhana di Dun Damansara Utama adalah di down stream di Kg Cempaka dan Sg Kayu Ara berhampiran TV3 yang mana ia berpunca dari aliran sungai yang lemah disebabkan sampah-sarap dan pokok yang tumbang. Kerja-kerja penyelenggaraan telah di jalankan dan telah siap pada hujung Mei 2013.
-
Apakah rancangan JPS untuk mengatasi masalah banjir kilat di setiap kawasan disebut di (a)?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah merancang program-program bagi mengatasi masalah banjir di kawasan yang dinyatakan seperti di atas termasuk mengadakan kerja-kerja pembaikan struktur yang rosak dan pengukuhan tebing sungai di dalam kawasan Damansara Utama.
Selain daripada itu juga, bagi mengatasi masalah banjir, kerja-kerja mengorek dan mengeluarkan mendapan pasir serta kelodak yang mengakibatkan sungai menjadi cetek dan mengganggu aliran air. Justeru, kerja-kerja pembersihan dan pembuangan segala halangan seperti pokok-pokok yang tumbang serta sampah sarap turut dirancang untuk dijalankan bagi mengatasi masalah banjir berlaku.