Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

246) BANJIR KILAT BERULANG KAMPUNG BARU CINA BATU 14 HULU LANGAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kampung Baru Cina Batu 14 Hulu Langat?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan satu (1) projek tebatan banjir menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri (P13) bagi tujuan mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Baru Cina Batu 14. Projek tersebut adalah seperti berikut:-

    Sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Baru Cina Batu 14, JPS Daerah Hulu Langat bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tebing dan pembinaan ban sepanjang 200 meter dengan anggaran kos sebanyak RM500,000.00 pada suku pertama tahun 2023.

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM3.23 juta untuk menjalankan kerja kecemasan luar jangka di Daerah Hulu Langat yang merangkumi skop kerja penyelenggaraan dan pembersihan sungai serta kerja pengukuhan dan penstabilan tebing. Senarai kerja yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.