Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

12) BANJIR KILAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri Selangor yang dilihat masih belum berjaya diatasi ( terbaru berlaku di Puchong - 10 Jun 2015)

    Antara perancangan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir ini adalah melalui:

     

    1. Pewujudan Jawatankuasa Task Force Tebatan Banjir
    2. Perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kolam

    – Sebanyak 314 kolam telah dikenalpasti (kolam JPS, PBT dan Pemaju)  dan untuk tahun 2015, JPS akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan 84 buah kolam takungan bagi tujuan mengatasi banjir.

  2. Apakah jaminan kerajaan negeri bagi memastikan masalah yang sama daripada berulang?

    Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa risiko banjir dapat dikurangkan apabila kesemua kolam takungan ini diselenggarakan secara berkala dan berterusan. Penggalian semula kolam takungan akan dilaksanakan sekali setiap 4

Lampiran

Tiada Lampiran.