Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
132) BANJIR KILAT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku banjir kilat?
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) mempunyai pam-pam bergerak yang boleh digunakan di sekitar Selangor sekiranya berlaku banjir kilat. Disamping itu, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) melalui Bahagian Sumber Air dan Hidrologi telah membangunakan sistem ramalan amaran banjir yang akan diterima melalui SMS atau mesej untuk memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab sekiranya berlaku hujan lebat dari kebiasaanya. Dengan itu, pegawai dapat bersedia untuk memberi makluman awal kepada penduduk sekiranya berlaku banjir
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat di Selangor?
Bagi mengatasi masalah banjir kilat di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RMK-11 bagi tahun 2016 – 2020 adalah sebanyak RM295,000.080.00 bagi kerja Pembangunan Projek Tebatan Banjir. Bagi kerja- kerja Menaiktaraf Saliran, sebanyak RM 56,700,000.00 telah diluluskan dan peruntukan kedua-dua ini adalah dari peruntukan pembangunan Negeri
Selain itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM 30 juta untuk kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir dibawah peruntukan caruman parit. Kerja-kerja menaiktaraf parit dan kolam akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS).
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Tahun Jumlah
2015 2016 2017 2018 RM 6.67 Juta RM 8.0 Juta RM 8.0 Juta RM 8.0 Juta RM 30.67 Juta