Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
206) BANJIR KILAT
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan-kawasan kritikal banjir kilat di Semenyih,Beranang, Bangi dan Kajang
Senarai kawasan kritikal banjir kilat di Semenyih, Beranang, Bangi dan Kajang adalah seperti berikut:
- Semenyih – Hotspot banjir bermula Bt.3 sehingga ke 5
- Beranang – tiada
- Bangi – tiada
- Kajang – Pekan Kajang, Kg Bukit Dukong dan Kg Sg Jerneh
-
Apa usaha-usaha yang telah dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan ini?
Usaha-usaha yang telah dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan ini adalah:
i) Semenyih
Semenyih – Rancangan Tebatan Banjir Sungai Semenyih di Kampung Bt.3 Mukim Semenyih telah mula dilaksanakan pada 1 November 2016 sehingga selesai sepenuhnya pada 4 April 2018. Sejak siapnya projek ini tiada kejadian banjir dilaporkan.
ii) Kajang
Pekan Kajang – Projek membaikpulih dan penstabilan Sungai Jeluh di Pekan Kajang, Daerah Hulu Langat telah mula dilaksanakan pada 31 Mac 2015 dan disiapkan sepenuhnya pada 30 Mac 2016 dengan kos RM4.8 juta. Sejak siap projek tersebut, Pekan Kajang telah selamat sepenuhnya daripada banjir.
Kg Sg Jerneh- Kerja-kerja mencucigali Sungai Jerneh dan pemasangan Flap Gate telah siap dilaksanakan pada Mei 2018 dengan kos RM40,000.00. Lembaga Lebuhraya Malaysia juga telah mengarahkan Lebuhraya Grandsaga untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dengan kos RM45,000.00
Kg Bukit Dukong – Kerja-kerja Kecemasan Luar Jangka Sungai Long di Kampung Bukit Dukong Mukim Cheras telah ditawarkan pada 16 Julai 2018 dengan kos RM237,750.00. Kini projek tersebut dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada 29 Oktober 2018.
-
Berapa banyak bantuan yang telah diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan ini pada 2016 sehingga kini mengikut kawasan.
- Berikut adalah jumlah bantuan yang telah diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Semenyih, Beranang, Bangi dan Kajang :