Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
242) BANJIR KILAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banjir kilat sering berlaku di kawasan - kawasan taman dibawah kendalian PBT. Seperti Taman Putra, Taman Maniam, Taman Desa , Taman Emas , Pulau Meranti Kampung Lalang dan Sungai Merab. Apakah langkah proaktif daripada pihak PBT?
a) Sebelum pembangunan
a. MPSepang akan merujuk Pelan Induk Sistem Saliran oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) untuk cadangan aras platform pembanggunan untuk perumahan baru.
b. MPSepang juga mensyaratkan pihak pemaju untuk menaiktaraf sistem perparitan di kawasan sekitar sehingga ke ‘final discharge’ selain pembinaan ‘on-site detention’ dan kolam takungan didalam kawasan pembanggunan.
b) Pembangunan sedia ada
a. MPSepang akan menaiktaraf system perparitan sedia ada bagi menampung kadar aliran air dengan mengambil kira rekabentuk hidraulik untuk 100 tahun.
b. Pulau Meranti, Kg Lalang dan Sg Merab merupakan Kawasan kampung yang dibangunkan secara ‘pocket development’. Saliran sedia ada adalah terletak di atas tanah hak milik dan tiada rezab parit.