Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
77) BANJIR KILAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan kawasan-kawasan di bawah daerah Petaling yang dikenal pasti sebagai kawasan banjir kilat.
Kawasan-kawasan dibawah Daerah Petaling yang dikenalpasti sebagai kawasan banjir
kilat adalah seperti berikut :
Bil Pihak Berkuasa Tempatan Lokasi Banjir
1. Majlis Perbandaran Subang Jaya 1. Kg. Tengah
2. Kg. Puchong Intan
3. Kg. Penaga
2. Majlis Bandaraya Shah Alam 1. Kg. Air Kuning/ Tol Sg.
Rasau
2. Sek. Men.Teknik, Sg.
Buloh
3. Kawasan PJS 2 dan PJS 6
5. Kawasan SS2/7
6. Sekolah Sea-Park
7. Jalan 222, Jalan Motor
8. Bukit Lanjan -
Adakah peruntukan kewangan yang dibajetkan untuk tahun 2008/09 bagi skim-skim tebatan banjir dalam negeri untuk kawasan-kawasan ini dan berapa banyak?
Penyelesaian banjir kilat di Daerah Petaling Jaya adalah diantara usahasama Pihak
Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Peruntukan
bagi Projek Tebatan Banjir di Daerah Petaling untuk RMK-9 ialah seperti berikut :-
1. Projek Tebatan Banjir Lembangan Sg. Buloh RM 5 juta
dan menaiktaraf Sg. Gasi (Jalan Kepong-Sg.Buloh)
2. Projek Tebatan Banjir Sg. Hampar, Sg.Buloh RM 5 juta
3. Kerja-kerja Tebatan Banjir Kg. Sri Aman Bestari RM 0.4 juta
4. Projek menaiktaraf Sistem Saliran Kg. Sri Aman, RM 1.5 juta
Puchong __________
RM 11.9 juta -
Kawasan-kawasan yang manakah telah diperuntukkan kewangan sebegini dan berapa banyak?
Secara keseluruhan, peruntukan penyelenggaraan dan pembangunan bagi Daerah
Petaling pada tahun 2008 adalah seperti berikut :-
Tujuan Peruntukan Jumlah Peruntukan
Penyelenggaraan RM 999,000.00
Mencegah Banjir RM 900,000.00
Kerja-kerja Kecil RM 300,000.00
Pengurusan Sungai RM 400,000.00