Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
210) BANJIR KILAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir kilat seperti yang sering berlaku di Shah Alam, Batu Caves dan Hulu Langat?
Dalam menangani masalah banjir kilat secara menyeluruh di Negeri Selangor, kerja-kerja dilakukan di dalam 2 peringkat iaitu untuk mengatasi masalah tersebut secara jangka pendek dan jangka panjang. Usaha-usaha yang dilakukan secara jangka pendek ialah penyelenggaraan sungai seperti membuang kelodak dan pasir, penggantian struktur pembetung dan halangan-halangan lain yang kecil dan juga melalui operasi pemantauan projek-projek pembangunan melalui operasi ‘ops lumpur’. Manakala bagi menangani masalah
banjir kilat secara jangka panjang, projek-projek mencegah banjir sungai seperti pelebaran dan pendalaman sungai, pemasangan sistem pam dan pintu air dan pembinaan beem/kolam takungan dijalankan dari masa ke semasa tertakluk kepada peruntukan pembangunan yang sedia ada.